1. Ekstrak Malt
Ekstrak Malt
dihasilkan daripada malt barli iaitu bijiran sempurna dengan
enzim-enzim semulajadi. Ekstrak malt dijadikan sebagai makanan tambahan
serta pemanis makanan. Ekstrak malt mengandungi protein, asid amino,
mineral, vitamin, serta merupakan antioksida yang baik.
2. DHA
DHA (asid
dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang
boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90%
daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh
itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf
pusat. Selain itu, fungsi DHA juga adalah untuk penyelarasan mata
dengan tangan, kemahiran gerakan bermotor, jangka tumpuan yang lebih
panjang serta IQ yang lebih tinggi.
Sumber DHA
terdiri daripada alga (rumpai) yang akan mengeluarkan DHA secara
semulajadi, jenis ikan yang berlemak seperti ikan salmon, ikan tuna,
ikan halibut, ikan hering. Sejumlah kecil DHA boleh didapati dari
kuning telur serta hati
3. Sodium Ascorbate Cystalline
Membekalkan vitamin C dan antioksida untuk mencegah perubahan pada makanan dan minuman.
4. Lutein
Lutein ialah
pigmen yang berwarna oren kekuningan yang banyak terdapat dalam
tumbuhan. Ia merupakan carotenoid dan berkaitan dengan vitamin A.
Carotenoid lain ialah beta carotene, alpha carotene and zeaxanthin.
Lutein tertumpu di retina mata anda, jadi ia adalah satu komponen yang
diperlukan penglihatan normal. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan
untuk mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.
5. Aquamin (marine calcium & magnesium)
Merupakan
rumpai laut yang menghasilkan sumber mineral. Aquamin kaya dengan
kalsium, magnesium, mineral lain termasuk zink, besi, selenium.
Dihasilkan daripada alga merah dari spesis Lithothamnion.
6. Maltodextrin
Maltodextrin
adalah oligosakarida yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan. Ia
mudah dicerna dan biasanya digunakan untuk pengeluaran soda dan
gula-gula. Ia juga boleh didapati sebagai bahan dalam pelbagai lain-lain
makanan yang diproses.
7. Gingko Extract
Gingko
adalah spesis pokok tertua didunia. Di Eropah & Amerika Syarikat,
makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya
termasuk di France & German. Gingko secara tradisional digunakan
untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki
sistem peredaran darah didalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis
antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan
atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi
penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit
alzheimer’s dan lain lain penyakit pelupa dan hilang ingatan.
8. Kismis
Kismis
adalah makanan & manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik
untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium,
dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan
proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan
tidak mengandungi bahan pengawet. Di kebanyakan negara, kismis juga
dikatakan makanan yang baik untuk minda.
9. Ekstrak Delima
Delima
digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh
asid ellagik. Mempunyai kandungan polifenol yang tinggi. Antara
khasiatnya iaitu dapat menghalang dan mengurangkan pemendapan kolesterol
pada pembuluh darah, melancarkan peredaran darah, unsur flavenoids
melindungi otak dan menguatkan memori, membantu mengawal radikal bebas
yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan,
membekalkan tenaga segera untuk memulihkan keletihan dan kelesuan badan
agar lebih cergas dan segar.
0 ulasan:
Catat Ulasan